Suasana Subuh yang dirasai amat
mendamaikan kalbu.
Sayup-sayup kedengaran laungan azan dari kampung berdekatan.
Sungguh menenangkan.
Azan dari Masjid Sultan Ahmad Shas
mula berkumandang.
Kedengaran bunyi air dibuka, penduduk
Block A bangun menunaikan solat Subuh.
“Qan, jom naik motor sama-sama gi
masjid.” Ajak Soleh. Pelawaan diberi biar pun dia tahu Furqan lebih suka untuk
bejalan kaki ke masjid.
Baginya pelawaan atau ajakan seperti itulah yang mampu
mengeratkan Ukhwah mereka.
Terpancar wajah tenang Furqan menolak
baik ajakan tersebut. “Nanti ana
tumpang enta balik dari masjid ya.”
balas Furqan bagi menjaga hati sahabatnya karibnya itu.
“Lepas tu kita jogging dan breakfast sesama,
sekali dengan Fansuri dan Farhan, nak?”, tambahnya lagi sambil tersenyum.
“Beres!”, jawap Soleh sambil
mengangguk tanda setuju. Wajah cerianya menenangkan Furqan, jelas dia tidak
terasa dengan penolakan itu.
Furqan lebih memilih untuk berjalan
kaki ke masjid. Jarak hostel yang
tidak berapa jauh dari masjid mebuatkannya rajin ke masjid dengan berjalan kaki
setiap kali masuk waktu. Setiap ganjaran pahala yang mampu dikutipnya, tidak
akan dilepaskan. Rasulullah telah tunjuki, hanya pada diri sahaja ingin
mengikutinya atau tidak.
Daripada
Abu Hurairah radiallahuanhu bahwa Rasulullah saw bersabda:
“'Mahukah aku tunjukkan kepada kalian tentang perkara yang akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan dan juga mengangkat beberapa darjat?' Para
sahabat menjawab, 'Tentu, wahai Rasulullah.' Baginda bersabda, 'Menyempurnakan
wuduk pada saat yang tidak disukai, banyak melangkah ke masjid-masjid, dan
menunggu solat setelah melaksanakan solat. Maka, itulah ar-ribath (berjuang di
jalan Allah).”
(Hadis
Riwayat Muslim)
Daripada
Abdullah bin Amr radiallahuanhu, beliau mengatakan, Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka
satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan
ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.”
(Hadis
Riwayat Ahmad)
Jogging &
Breakfast
Dari jauh kelihatan empat sahabat.
Seluar track dan t-shirt dikenakan.
T-shirt
yang matching dengan line seluar track menampakan lagi kekemasan mereka. Begitulah ajaran Islam,
yang menitik beratkan soal kebersihan dan kekemasan, agar mata yang melihat
produknya berasa senang.
“Kita boleh juga berdakwah melalui pemakaian.
Ada insan-insan yang tertarik dengan Islam hanya dari penampilan bersih dan
kemas yang ditunjuki oleh umat Islam.” Kata-kata akhi Syamsul dalam sebuah program motivasi anjuran Ma’ruf Club,
sentiasa tersemat dalam ingatan mereka.
Selalunya weekdays masing-masing disibukkan dengan tugasan-tugasan sebagai
mahasiswa, maka pada hujung minggu seperti itulah bagi mereka untuk menunaikan
hak sebagai sahabat. Ketika jogging dihujung
minggu seperti itu mereka mengambil
masa untuk berkongsi, mendengar dan berbual panjang, agar benih Ukhwah yang disemai sentiasa mekar.
“Han, apa cer submission projek hari tu?” pertanyaan Furqan itu membuka ruang
perbualan mereka. “Alhamdulillah dah
submit dan in syaa Allah Bro. R kata
hari tu result untuk tu akan keluar next week. Sekarang doa dan tawakkal
yang aku mampu.”, balas Farhan sambil tersenyum, pelajar yang gigih mencari
ilmu dalam bidang Reka Bentuk dan Seni Bina. Seorang yang berperwatakan agak
kasar sedikit namun baik terhadap rakan-rakannya.
“In
syaa Allah hampa boleh!”, sokong Fansuri sambil melemparkan wajah ceria.
Fansuri dan Farhan merupakan sahabat karib sejak dari matrikulasi lagi. Bulatan
Ukhwah, Usrah menemukan mereka.
Perbualan sambil berjogging menceriakan suasana pagi mereka.
Empat sekawan itu singgah ke Kafe
Kulliyyah Sains Kemanusian untuk sarapan.
Kafe-kafe di situ telah buka seawal
pukul 8.
Bau wangi masakan dari deretan
kafe-kafe itu menusuk ke hidung. Pekerja-pekerja di situ kelihatan ceria berkerja
biarpun di hujung minggu. Amanah dan tanggungjawap membuatkan mereka gigih
mencari rezeki.
Belajar kegighan daripada mereka yang
tidak kenal erti keletihan dan putus asa dalam mencari RahmatNya.
Roti canai menjadi pilihan Furqan dan
Farhan pada pagi itu. Soleh seperti biasa, seorang penggemar nasi lemak, kafe
yang first sekali menjadi pilihan.
Mereka duduk di meja berhadapan dengan sebuah sungai kecil.
Kelihatan Fansuri sedang menuruni anak
tangga untuk ke meja tempat makan sambil membawa sepinggan mee goreng.
Baju merah yang dikenakan
membuatkannya kelihatan berwibawa.
Ciri-ciri bakal peguam berjaya kelihatan
dari perwatakannya.
“Saya nak jadi seorang peguam yang
mengembalikan semula undang-undang Islam dalam negara kita, in syaa Allah.” Kata-kata Fansuri dalam
sebuah sesi Ice-Breaking, program Intelectual Muslim semester lepas,
terngiang-ngiang di benak Furqan. Kita boleh! Bi iznillah. Doanya di dalam hati.
Soleh mengetuai bacaan doa makan
sebelum mereka menjamah makanan.
Diskusi Petang.
Diskusi Siswa, sebuah program mingguan
di kampus bertempat di sebuah kafe berhadapan River side. Seperti kebiasaannya satu topik akan dibentang oleh
seorang pelajar dan pelajar lain akan memberi respon terhadap topik tersebut.
Pada petang itu topik “Penuntut Sebenar” menjadi pilihan.
Furqan dan Soleh berkelapangan untuk
menghadiri diskusi pada petang itu.
Sebuah pencerahan yang bernas
diberikan oleh Maisarah Mahmud, pelajar tahun terakhir Kulliyyah Ilmu Wahyu.
Kupasannya tentang peribadi-peribadi para cedakiawan Islam zaman dahulu sangat
menarik. Sentuhannya tentang Imam Al-Ghazali, Imam Asy-Syafie dan yang lain
sangat memberi kesan ke dalam hati.
Hasil perbincangan itu mencerahkan
bahawa seorang penuntut sebenar itu adalah yang mencari makna kehidupan
sebenar. Makna kehidupan sebenar itu mencari keredhaan Tuhan.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi
orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia
memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan
untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Bacaan hadis tersebut menjadi penutup
diskusi pada petang itu. Kini dibuka sesi soal jawap dan respon dari para
hadirin.
Soleh berdiri lalu mendekati microphone yang berhampiran bagi
melontarkan sedikit pandangan berkaitan dengan isu yang dibentangkan.
Furqan kenal akan sahabatnya itu,
seorang yang sangat berpandangan bernas dan petah berkata-kata. Kepetahannya itu
membuatkan Soleh bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan media.
Setelah itu, kelihatan juga dari jauh
seorang siswi mengemukakan pandangan terhadap topik tersebut. Begitulah
sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar di situ.
Bagi mereka, program seperti itu mampu
menjadikan mereka seorang siswa yang sebenar.
Seorang siswa yang bukan hanya
menjadikan bilik dan buku sebagai teman setia. Malahan, semoga program itu mampu
menjadikan mereka siswa yang berkualiti, berguna untuk agama, keluarga, masyarakat
dan negara.
Masa pada hari itu sangat bermanfaat
dirasakan. Bermula dengan sesuatu yang baik dan in syaa Allah berakhir dengan sesuatu yang baik. Itulah keberkatan
masa yang dicari, agar ia tidak disiakan dengan perkara-perkara yang tidak
bermanfaat.
Kehidupan mereka sebagai siswa dan
juga sebagai khalifah dibumi ini
dirancang dengan sistematiknya. Kehidupan di kampus inilah menjadi trainer buat mereka berhadapan dengan
kehidupan bekerja nanti.
“Semoga Allah Redha dengan apa yang
dibuat.” Kata-kata last diucapkan
sebelum dia melelapkan mata. Sebuah buku catatan tercatat Aku Furqan Ahmad Fuad menjadi penemannya sebelum tidur.
Sekian.
Rujukan:
1)"Syarhu
ad-Durusi al-Muhimmati li ‘Ammati al-Ummati" oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin
Baz.
2)"Wajibnya
Solat Berjemaah di Masjid" oleh Dr Fadhl Ilahi.
Buat Pembaca:
Cerpen ini ditulis semasa minggu final exam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Cerpen ini ditulis semasa minggu final exam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata.
Semoga penulisan yang tidak seberapa ini bermanfaat buat semua. Semoga bermanfaat buat bekalan di sana nanti...
_Semoga Allah Redha_