Tuesday, January 7, 2014

KEHIDUPAN




Suasana Subuh yang dirasai amat mendamaikan kalbu.
Sayup-sayup kedengaran laungan azan dari kampung berdekatan. 
Sungguh menenangkan.
Azan dari Masjid Sultan Ahmad Shas mula berkumandang.

Kedengaran bunyi air dibuka, penduduk Block A bangun menunaikan solat Subuh.
“Qan, jom naik motor sama-sama gi masjid.” Ajak Soleh. Pelawaan diberi biar pun dia tahu Furqan lebih suka untuk bejalan kaki ke masjid. 
Baginya pelawaan atau ajakan seperti itulah yang mampu mengeratkan Ukhwah mereka.

Terpancar wajah tenang Furqan menolak baik ajakan tersebut. “Nanti ana tumpang enta balik dari masjid ya.” balas Furqan bagi menjaga hati sahabatnya karibnya itu.
“Lepas tu kita jogging dan breakfast sesama, sekali dengan Fansuri dan Farhan, nak?”, tambahnya lagi sambil tersenyum.
“Beres!”, jawap Soleh sambil mengangguk tanda setuju. Wajah cerianya menenangkan Furqan, jelas dia tidak terasa dengan penolakan itu.

Furqan lebih memilih untuk berjalan kaki ke masjid. Jarak hostel yang tidak berapa jauh dari masjid mebuatkannya rajin ke masjid dengan berjalan kaki setiap kali masuk waktu. Setiap ganjaran pahala yang mampu dikutipnya, tidak akan dilepaskan. Rasulullah telah tunjuki, hanya pada diri sahaja ingin mengikutinya atau tidak.

Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu bahwa Rasulullah saw bersabda:
“'Mahukah aku tunjukkan kepada kalian tentang perkara yang akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan juga mengangkat beberapa darjat?' Para sahabat menjawab, 'Tentu, wahai Rasulullah.' Baginda bersabda, 'Menyempurnakan wuduk pada saat yang tidak disukai, banyak melangkah ke masjid-masjid, dan menunggu solat setelah melaksanakan solat. Maka, itulah ar-ribath (berjuang di jalan Allah).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Abdullah bin Amr radiallahuanhu, beliau mengatakan, Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)




Jogging & Breakfast

Dari jauh kelihatan empat sahabat. Seluar track dan t-shirt dikenakan. 
T-shirt yang matching dengan line seluar track menampakan lagi kekemasan mereka. Begitulah ajaran Islam, yang menitik beratkan soal kebersihan dan kekemasan, agar mata yang melihat produknya berasa senang.
 “Kita boleh juga berdakwah melalui pemakaian. Ada insan-insan yang tertarik dengan Islam hanya dari penampilan bersih dan kemas yang ditunjuki oleh umat Islam.” Kata-kata akhi Syamsul dalam sebuah program motivasi anjuran Ma’ruf Club, sentiasa tersemat dalam ingatan mereka.

Selalunya weekdays masing-masing disibukkan dengan tugasan-tugasan sebagai mahasiswa, maka pada hujung minggu seperti itulah bagi mereka untuk menunaikan hak sebagai sahabat. Ketika jogging dihujung minggu seperti itu mereka mengambil masa untuk berkongsi, mendengar dan berbual panjang, agar benih Ukhwah yang disemai sentiasa mekar.

“Han, apa cer submission projek hari tu?” pertanyaan Furqan itu membuka ruang perbualan mereka. “Alhamdulillah dah submit dan in syaa Allah Bro. R kata hari tu result untuk tu akan keluar next week. Sekarang doa dan tawakkal yang aku mampu.”, balas Farhan sambil tersenyum, pelajar yang gigih mencari ilmu dalam bidang Reka Bentuk dan Seni Bina. Seorang yang berperwatakan agak kasar sedikit namun baik terhadap rakan-rakannya.

In syaa Allah hampa boleh!”, sokong Fansuri sambil melemparkan wajah ceria. Fansuri dan Farhan merupakan sahabat karib sejak dari matrikulasi lagi. Bulatan Ukhwah, Usrah menemukan mereka.
Perbualan sambil berjogging menceriakan suasana pagi mereka.


Empat sekawan itu singgah ke Kafe Kulliyyah Sains Kemanusian untuk sarapan.
Kafe-kafe di situ telah buka seawal pukul 8.
Bau wangi masakan dari deretan kafe-kafe itu menusuk ke hidung. Pekerja-pekerja di situ kelihatan ceria berkerja biarpun di hujung minggu. Amanah dan tanggungjawap membuatkan mereka gigih mencari rezeki.
Belajar kegighan daripada mereka yang tidak kenal erti keletihan dan putus asa dalam mencari RahmatNya.

Roti canai menjadi pilihan Furqan dan Farhan pada pagi itu. Soleh seperti biasa, seorang penggemar nasi lemak, kafe yang first sekali menjadi pilihan. Mereka duduk di meja berhadapan dengan sebuah sungai kecil.
Kelihatan Fansuri sedang menuruni anak tangga untuk ke meja tempat makan sambil membawa sepinggan mee goreng.
Baju merah yang dikenakan membuatkannya kelihatan berwibawa. 
Ciri-ciri bakal peguam berjaya kelihatan dari perwatakannya.

“Saya nak jadi seorang peguam yang mengembalikan semula undang-undang Islam dalam negara kita, in syaa Allah.” Kata-kata Fansuri dalam sebuah sesi Ice-Breaking, program Intelectual Muslim semester lepas, terngiang-ngiang di benak Furqan. Kita boleh! Bi iznillah. Doanya di dalam hati.

Soleh mengetuai bacaan doa makan sebelum mereka menjamah makanan.





Diskusi Petang.

Diskusi Siswa, sebuah program mingguan di kampus bertempat di sebuah kafe berhadapan River side. Seperti kebiasaannya satu topik akan dibentang oleh seorang pelajar dan pelajar lain akan memberi respon terhadap topik tersebut. 
Pada petang itu topik “Penuntut Sebenar” menjadi pilihan.

Furqan dan Soleh berkelapangan untuk menghadiri diskusi pada petang itu.
Sebuah pencerahan yang bernas diberikan oleh Maisarah Mahmud, pelajar tahun terakhir Kulliyyah Ilmu Wahyu. 
Kupasannya tentang peribadi-peribadi para cedakiawan Islam zaman dahulu sangat menarik. Sentuhannya tentang Imam Al-Ghazali, Imam Asy-Syafie dan yang lain sangat memberi kesan ke dalam hati.
Hasil perbincangan itu mencerahkan bahawa seorang penuntut sebenar itu adalah yang mencari makna kehidupan sebenar. Makna kehidupan sebenar itu mencari keredhaan Tuhan.

Rasulullah bersabda bermaksud:
Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Bacaan hadis tersebut menjadi penutup diskusi pada petang itu. Kini dibuka sesi soal jawap dan respon dari para hadirin.

Soleh berdiri lalu mendekati microphone yang berhampiran bagi melontarkan sedikit pandangan berkaitan dengan isu yang dibentangkan.

Furqan kenal akan sahabatnya itu, seorang yang sangat berpandangan bernas dan petah berkata-kata. Kepetahannya itu membuatkan Soleh bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan media.

Setelah itu, kelihatan juga dari jauh seorang siswi mengemukakan pandangan terhadap topik tersebut. Begitulah sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar di situ.

Bagi mereka, program seperti itu mampu menjadikan mereka seorang siswa yang sebenar. 
Seorang siswa yang bukan hanya menjadikan bilik dan buku sebagai teman setia. Malahan, semoga program itu mampu menjadikan mereka siswa yang berkualiti, berguna untuk agama, keluarga, masyarakat dan negara.




Masa pada hari itu sangat bermanfaat dirasakan. Bermula dengan sesuatu yang baik dan in syaa Allah berakhir dengan sesuatu yang baik. Itulah keberkatan masa yang dicari, agar ia tidak disiakan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Kehidupan mereka sebagai siswa dan juga sebagai khalifah dibumi ini dirancang dengan sistematiknya. Kehidupan di kampus inilah menjadi trainer buat mereka berhadapan dengan kehidupan bekerja nanti.

Semua ini bukan hanya untuk matlamat dunia yang hanya sementara. Akhirat nanti itulah ultimate goal sebagai seorang yang benar ingin memaksnakan kehidupannya. Bersusah-susah dahulu di sini agar mampu kita tua hasila di sana nanti.

“Semoga Allah Redha dengan apa yang dibuat.” Kata-kata last diucapkan sebelum dia melelapkan mata. Sebuah buku catatan tercatat Aku Furqan Ahmad Fuad menjadi penemannya sebelum tidur.


Sekian.


Rujukan:
1)"Syarhu ad-Durusi al-Muhimmati li ‘Ammati al-Ummati" oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
2)"Wajibnya Solat Berjemaah di Masjid" oleh Dr Fadhl Ilahi.





Buat Pembaca:
Cerpen ini ditulis semasa minggu final exam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata.

Semoga penulisan yang tidak seberapa ini bermanfaat buat semua. Semoga bermanfaat buat bekalan di sana nanti...

_Semoga Allah Redha_



No comments:

Post a Comment