Friday, July 12, 2013

Allah Menegur Ku

Bilik di Mahallah Habibah

“Alhamdulillah, masih diizinkanNya untuk aku berada di bulan Ramadhan Yang Mulia ini”, bisik hati Khairiyah yang sedang mengemaskan buku-bukunya di atas meja. Setelah memerah otak dengan buku Perundangan Islam Ketemporari, dia bercadang untuk beriadah bersama sahabat baiknya Nurul di tepi tasik dalam university itu selepas Asar nanti. Telefon bimbit Samsung Galaxy Ace Plus warna hitam dicapainya, dengan tertib tutur kata di susun:

[Assalammualaikum wbt ya Ukhti, jom riadah petang ni kat tasik sebelah Fakulti ICT ^_^
‘Aqlu Salim fil Jismi Salim!!! ^_^]
Sender: Ana

Titt, dengan pantas pesanannya dibalas Nurul,

[Waalaikummusalam wbt Khai, ok bereh2 ^_^ SYS]
Sender: Nurul Aisyatun Nisa’

Jam di dinding telah menun jukkan telah masuk waktu Asar, kedengaran laungan Azan dari masjid besar Universiti Islam Antrabangsa Islam Malaysia (UIAM). Dia bergegas berwuduk dan bersiap-siap untuk ke Musolla Mahallahnya, Mahallah Habibah.



Tasik Fakulti ICT

Dari jauh kelihatan sebujur tubuh berpakaian T-Shirt Muslimah hijau dan berseluar hitam track, cocok sungguh dipadankan dengan tudung labuh hijau pucuk pisang. Sekuntum senyuman diberikan kepadanya, senyuman Khairiyah itu dibalas semula dengan senyuman.

“Assalammualaikum wbt Khai, sorry2 tadi ada junior tu jumpa dengan Nurul.Tu yang lambat sikit tu. Maaf ya.”

Ucapan maaf dan senyuman manis dari Nurul Aisyatun Nisa’ itu mampu mencairkan hati sahabatnya yang telah menunggu hampir sejam di tepi tasik itu.

Senyuman Mahabbah  dari Khairiyah itu menyenangkan hati sahabatnya itu,

La baksa sahabat, in syaa Allah Khai  faham.”

Dia membaca Surah Ali Imran: 146 di dalam hati,
وَاللهُ يُحِبُّ الصَبِرِين
“…Allah mencintai orang-orang yang sabar.”

Berpegang dan beramal dengan ayat ini membuatkannya menjadi seorang penyabar.

“Hu. Khai ni memang sabar orangnya, seindah nama empunya badan, Siti Khairiyah As- Sobiri”, kata Nurul di dalam hati.

“Nurul dah baca Al-Ma’thurat? Klau belum, jom baca sama-sama”, kata Khairiyah sambil tersenyum kepada sahabatnya itu.
“Jom!!”, balas Nurul. Selepas itu mereka beriadah bersama-sama.



Kafe Mahallah Habibah
Azan telah berkumandang, menunjukan telah masuk waktu Maghrib. Semua tempat duduk telah diisi oleh sister, pelajar-pelajar perempuan.
 (Bahasa perantaraan di universiti  ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, oleh sebab itu, pelajar-pelajar perempuan di sini dipanggil sister, manakala pelajar lelaki pula brother)
Terdengar sayup-sayup suara Ketua MRC (Mahallah Representative Committee), Nur Akmal Aqilah, membaca doa berbuka puasa.

DOA BERBUKA PUASA
اللهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahumma laka Sumtu wa bika aamantu wa ‘ala Rizkika afthartu bi Rahmatika Ya Arhamar Rohimin
Maksudnya: Ya Allah, sahaja aku berpuasa &  kepada-Mu aku Beriman & dengan Rezeki dari-Mu aku Berbuka disertai dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


Makanan dijamah dengan penuh tertib, serikandi agama dilatih penuh santun di bumi tarbiyah ini.
Kafe lelaki dan perempuan berasingan, ini membuatkan para penuntutnya mampu menjaga ikhtilat sesama mereka.



Bilik di Mahallah Habibah
Setelah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib berjema’ah di Musolla, Khairiyah membaca dengan tartil  ayat Qur’an yang telah ditanda, sebelum baring sebentar di katilnya, dengan niat untuk merehatkan diri sebentar.

Dia teringat akan potongan hadis yang dikongsi oleh Nurul ketika riadah petang tadi,

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi  (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta dan ditegah ke atas kamu tiga perkara iaitu: mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Salah satu perkara yang ditegah dalam hadis tersebut adalah pembaziran. Senarionya umat Islam era ini, pembaziran seringkali berlaku di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa.

Astaghfirullah, banyaknya aku makan tadi.”, keluh hati Khairiyah.
Tanpa sedar tiba-tiba dia tertidur kerana terlalu kenyang.

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Suasana Subuh di situ sangat menenangkan, kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan memecah keheningan Subuh yang sunyi.
Khairiyah terbangun dari tidurnya,

Astaghfirullah, dah pukul lewat dah.”

Dia lantas berwuduk untuk menunaikan solat fardhu Isyak.
Setelah selesai menunaikan solat Isyak dan sunnat Ba’diahnya, dia lantas bangun untuk menunaikan solat sunnat Tarawikh 8 Rakaat.

Selesai salam terakhir solat sunnat Tarawikh itu, Khairiyah bermuhasabah sebentar.
Dia menarik nafas panjang, rasa insaf,sebak dan sedih memenuhi kalbunya.
Air jernih mengalir dipipinya.

“Ya Allah, aku mohon ampun atas segala dosa yang telah aku lakukan. Ampunkan hamba ya Allah, ampunkan hamba, ampunkan hamba ya Allah.”

Hanya kalimah itu yang mampu diucapkan oleh bibirnya.

“Ini teguran daripada Allah buat ku, makan yang berlebihan time berbuka tadi menyebabkan aku mengantuk. Allah tak suka kepada hambaNya yang membazir. “

Setelah itu dia menunaikan solat sunnat Tahajjud, dan disusuli dengan  solat sunnat Taubat, solat Sunnat  Hajat. Dia akhiri malam itu dengan solat sunnat Witir.

Allah berfirman dalam surah Al-‘Araf ayat 31:
“Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.”
Islam juga telah menetapkan aturan makan bersederhana, makan apabila rasa lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Seperti yang direkodkan dalam hadis Baginda saw yang bermaksud:
“Tidak ada bekas lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya dan sekitarnya dia terpaksa juga, maka 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya dan 1/3 untuk nafasnya.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Nasa’i)

Kajian Sains juga telah membuktikan yang terlalu banyak makan mampu membuat kita mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

“Kesan terlalu banyak makan:
1)Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.”
Sumber: 15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan.

Sekian, Cerpen nukilan:
Nurshalilah Fauzan Mailin.

Semoga bermanfaat buat semua.

#SemogaAllahRedha#

1 comment: